New to Busy?

Blocktrades | Daftarkan e-mel anda - Registering Your Email with BlockTrades

9 comments

davidke20
70
24 days agoBusy4 min read

This article is translation authorized by and for @blocktrades. You can access the original article by clicking here:
https://blocktrades.us/support/home/help/registering-email

Artikel ini merupai artikel translasi dibenarkan oleh dan untuk kegunaan @blocktrades. Kamu boleh mengunjungi laman asal dengan saluran pautan ini:
https://blocktrades.us/support/home/help/registering-email

< HALAMAN BANTUAN

Daftarkan E-mel Anda Dengan BlockTrades

Isi kandungan

Daftarkan E-mel Anda Dengan BlockTrades
Pengaktifan e-mel
Saya sudah daftar, tetapi apa terjadi kepada transaksi sebelum ini?
Kelebihan untuk pendaftar

Ketahui status transaksi terdahulu
Simpan rekod transaksi dengan kami
Delegasi Steem
Akaun Steem telah hilang atau dicuri

Di halaman utama kami, anda boleh klik "Sign Up" di sebelah kanan atas, atau pun menuju ke pautan ini.

Masukkan alamat e-mel anda dan kata laluan, selepas itu klik "Submit" untuk menghantar.

Pengaktifan e-mel

Anda akan menerima e-mel pengaktifan dalam masa singkat selepas pendaftaran. Jika tidak, sila semak folder spam, dan tambahkan [email protected] ke dalam senarai kenalan e-mel anda. Jikalau masih anda tidak dapat cari e-mel pengaktifan tersebut, maka anda tidak akan dapat bantuan dari pihak kami. Sila menghantar emel kepada bantuan kami di [email protected] dengan menggunakan e-mel yang anda telah membuat pendaftaran itu.

Saya sudah daftar, tetapi apa terjadi kepada transaksi sebelum ini?

Jikalau anda dapat mencari transaksi dengan hash, nama akaun, atau alamat dompet, namun kami boleh menggabungkan transaksi tersebut kedalam akaun anda. Tetapi sebelum itu, kami akan meminta anda membuktikan pemilik akaun(atau akaun-akaun) itu. Sila failkan permintaan bantuan dengan nama dan alamat(alamat-alamat jika lebih dari satu), jikalau anda beminat dengan perkhidmatan ini. Kami akan membantu anda dengan perkhidmatan yang memuaskan.

Sila ambil perhatian jika anda membuat urus niaga tanpa log masuk, dan transaksi tersebut masih boleh dilihat dalam jadual transaksi, kamu boleh log masuk dan mendaftarkan akaun dan sistem kami akan menggabungkan transaksi urus niaga terbaharu kepada akaun anda secara otomatik.

Kelebihan untuk pendaftar

Peraturan baru memerlukan pelanggan untuk mendaftarkan alamat e-mel jiakalau pelanggan ingin menggunakan perkhidmatan kami. Dengan pendaftaran e-mel memberi beberapa manfaat dan kemudahan untuk pelanggan kami dari segi urusan dangangan dengan kami.

Ketahui status transaksi terdahulu

Pernahkah anda mengirim wang ke para peniaga dan bimbang sama ada ia diterima pada masa yang ditetapkan, atau tahap pemprosesannya?

Perkhidmatan kami memberi kemudahan untuk menjejaki transaksi anda, tetapi sesi akan tamat tempoh selepas beberapa jam atau bila anda meninggalkan laman web tersebut. Sebagai pengguna berdaftar, anda boleh menyenmak semula jika perkara yang disebutkan berlaku kepada anda. Jika sesuatu terjadi kepada mata wang kripto anda, mungkin tidak muncul dalam dompet anda, anda boleh dapat tahu segera, dan boleh meminta bantuan dari pihak kami supaya kita boleh menyelesaikan masalah yang kemungkinan disebabkan oleh sistem kami, ataupun transaksi telah berjaya disiarkan keluar dari sistem kami.

Simpan rekod transaksi dengan kami

Jika anda membuat urus niaga secara besaran, maka simpanan jurnal akan jadi susah, terutamanya bila anda ingin menghubungkan pesanan transaksi masuk dan keluar. Pada awal tahun 2018, kami telah menemui beberapa pembelian mata wang kripto yang dilaksanakan, tetapi mata wang kripto tersebut tidak dikreditkan. Oleh itu, kami ingin memudahkan anda menjejaki transaksi anda supaya perkara macam itu tidak berlaku kepada anda.

Mempunyai rekod sentralisasi akan memudahkan anda mencari rekod dagangan, terutamanya bila anda ingin memfailkan cukai. Anda boleh muat turun fail CSV(comma-separated values, nilai dipisahkan oleh koma) dari laman web kami, untuk muat naik ke dalam software cukai anda.

Delegasi Steem

Di samping itu, pelanggan yang berdaftar e-mel dengan kami boleh dapat pemudahan menjejaki delegasi Steem Power yang dibeli. Walaupun sistem kami menghantar mesej sulit ke akaun Steem anda dengan maklumat delegasi bila anda membeli, dan sekali lagi kita mengingatkan bila dekat dengan tarikh tamat tempoh. Tetapi, bila kita cuba menyambungkan transaksi yang bermula dan berakhir, ini menjadikan susah. Pelanggan yang berdaftar dengan kami akan dapat kemudahan mencari semua delegasi dalam satu halaman, dan juga akan dapat notifikasi e-mel.

Akaun Steem hilang atau dicuri

Anda boleh membaca infomasi selanjutnya di sini. Tetapi secara ringkasnya, jika anda tidak mendafater e-mel dengan perkhidmatan kami, maka pihak kami tidak dapat mengenalpastikan identiti anda jikalau anda inging mencari balik akaun Steem yang dikeluarkan oleh pihak kami.

Comments

Sort byBest